Hebahan

“Tunggu ayah saya meninggal dahulu” dipetik daripada tranungkite..

Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama’ yang turut hadir berkata (dalam hati), “Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot…”

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. “Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz.”

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri….

Balik semula kpd kisah tadi… Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu…. Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini….

Bagaimana kita orang Islam?….

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, “Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam.”

Guan Eng jawab, “Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu….”

Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh

tokJongos: Wallahualam…………

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

Islam Agama Yang Syumul Mencakupi Semua Aspek Kehidupan – Lim Guan Eng

Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din.

Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din.Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama. Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini - Guang Eng

Guan Eng harap Islam jadi teras rapatkan silaturrahim

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.

“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

“Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Maruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.

Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

“Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.

“Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

“Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

“Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.

“Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Maruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya.

http://www.harakahdaily.net

Posted by: pinkturtle2 | October 3, 2008

Kit Siang ‘Beraya’ Di Rumah Tok Guru

Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, "ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama, "sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini-
Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, “ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
“sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini – Lim Guang Eng

Kit Siang ‘Beraya’ Di Rumah Tok Guru, Guan Eng Harap Islam Jadi Teras Rapatkan Silaturrahim

Marang – Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.


Kit Siang hadir dengan diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu tiba di perkarangan rumah Tok Guru pada jam 9.27 malam.Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.

Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.

Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.

https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/berita11/kitsiangharirayatg2.jpgDalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social,
“ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
“sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma

’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak


Oleh: Professor Abdul Aziz Bari

Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk. Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

YDP Tuanku MizanMaka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda. Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977. Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang Di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihanraya Mac lalu. Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, perletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil. Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihanraya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihanraya.

———–
Prof Abdul Aziz BariDr Abdul Aziz Bari ialah profesor undang-undang di Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia. Artikel ini diterjemah daripada artikel asal berbahasa Inggeris yang telah diterbitkan oleh Malaysiakini (18 Sept 08)

September 20, 2008

KENANGAN PERAYAAN 916 HARI MALAYSIA DI MBPJ KELANA JAYA, SELANGOR

Jaminan Keselamatan Negara, Politik dan sosial di bawah PR

Oleh ashrof1

 Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk mengambil alih kuasa tanpa pelan perancangan yang teliti.

Fokus utama Pakatan ialah untuk meyatupadukan semua kaum dalam negara. Rakyat pada 8 Mac 2008 sudah memberikan signal jelas bahawa mereka mempercayai kemampuan Anwar dan menolak tohmahan yang bertujuan memecahbelah PAS dan DAP.

Politik berasaskan ras atau kaum sudah semakin tidak relevan di mata rakyat. Oleh sebab itu Umno gagal menjadi ketua kepada parti komponen BN yang boleh diterima.

Dalam pada rakyat sudah mula mengetepikan kepentingan bangsa dan puak, Umno sebaliknya dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas, terus memainkan sentimen perkauman. Politik sempit ini sudah tidak diterima rakyat.

Apabila semua kaum bersatu padu, ianya akan mewujudkan kestabilan politik yang akan menyelamatkan negara daripada sebarang ketegangan akibat perbalahan kaum. Rakyat tidak mahu Peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Kunci kepada penyatuan rakyat dari pelbagai kaum dan agama, mencakupi Sabah dan Sarawak ada pada Pakatan Rakyat.

Kemampuan Anwar untuk ‘mendamaikan’ PAS dan DAP yang berlainan ideologi, kemampuan beliau mengajak kaum bumiputera dari kalangan pelbagai agama di Sabah dan Sarawak, sukar untuk dilakukan oleh lain-lain pemimpin dalam negara.

Soal sesiapa suka atau tidak kepada Anwar itu soal lain. Recognition seperti ini tidak mudah diterima lain-lain pemimpin politik, sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga komited untuk merombak pengurusan sumber ekonomi negara, menstruktur semula sistem cukai dan menurunkan harga minyak.

Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki.

Oleh itu Abdullah dan BN tidak boleh menuduh Anwar mensabotaj ekonomi negara. Jika mereka gagal menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai karisma untuk menarik pelabur asing, itu bukan salah Anwar.

Anwar sering dituduh proksi Amerika dan Barat. Kesempatan sebagai ‘proksi’ Barat ini boleh diambil Anwar untuk menarik pelabur dari blok Barat.

Tetapi jangan lupa, Anwar juga ‘agen’ negara-negara Arab! Sebahagian besar rakan-rakan beliau adalah PM dan Menteri yang menjaga ekonomi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE, Bahrin dan sebagainya.

Sudah tentu hubungan persahabatan dan kepercayaan negara Arab yang sering menjemput Anwar sebagai penasihat ekonomi mereka, merupakan kesempatan terbaik Anwar untuk menarik pelabur-pelabur asing daripada negara Arab.

Manakala di blok Timur pula, Anwar sering diundang untuk berucap dalam forum-forum ekonomi anjuran negara China, sama ada di Shanghai atau Hong Kong, malah di Singapura juga.

Selain bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak ramai rakyat Malaysia, berketurunan Melayu yang mendapat kepercayaan kuasa besar ekonomi China. Setakat ini Abdullah dan Najib, belum termasuk dalam senarai pemidato ekonomi.

Justeru kesimpulan daripada dakwaan sebagai proksi Barat, hubungan erat dengan negara Arab, serta keyakinan kuasa ekonomi China terhadap Anwar, ianya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, jika beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia memerintah negara dengan jaminan keselamatan negara, perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan keadilan sosial. Mari kita membantu menyegerakan!_

Kesimpulannya- Jika rakyat mahu terus menderita maka teruskan lah memilih BN, dan teruskan lah penderitaan untuk anak2 mu jua..jika tidak maka fikir2 kanlah…untuk pencacai BN…jika tidak kesian pada negara sekalipun tetapi kesian lah pada org miskin/ bakal miskin yang ada skrg ni

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s