Parlimen

Chicken didn’t turn up

Guess who was too chicken to turn up at Yuk Choy School, Ipoh tonight?
Why so scared? Only shoes mah… And didn’t you say you had the majority?

But come Sunday night, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang will be in Ipoh at Himpunan Kembalikan Hak Rakyat, 9 pm, MB’s residence.

Perak-ians, ex-Perak-ians and all those who love nga-choy-kai (beansprouts and chicken) from other states, this is your chance to return to your hometown and give your support to the people of Perak who are heading the battle against the great Evil.

A journalist present at the school told us that there were about a thousand people at the function, mainly MCA and Gerakan running dogs; 400 democracy defenders at the candlelight vigil.

The atmosphere at the school, according to the journalist, was ‘cold’.

In the meantime, BN is still fishing. Some got offers of Exco position and RM 3 million. Others only RM 4 million. [read more]
at 8:26 AM 1 comments Links to this post
Labels: Belit Najib
Reactions:
We are facing a major constitutional crisis – Nizar
nizar
Nizar addressing the crowd at his official residence after midnight: “Keep praying for a favourable court decision”

sikit laporan dari anilnetto … cerita tentang layanan SUK mangkok hayun gambar kat atas tu.

For instance, Nizar points out he was reported as causing “kekecohan” (disruption or disturbance) during his press conference at the state government building.

“In reality it was the State Secretary Abdul Rahman Hashim who came and shouted at all the reporters to get out.”

Nizar adds he was therefore surprised to get a phone call from Abdul Rahman yesterday morning.

“He was all sweet and nice, saying, “Asalamualaikum salam sejahtera, are you okay; you know you can take your time leaving the official residence’.”

“He even had the gall to say you can even leave all your things at my place.”

“Imagine, this was the same man we had looked after for almost a year.”

at 8:20 AM 0 comments Links to this post
Labels: MB Perak
Reactions:
Lilin untuk Mendiang Demokrasi

Protestors lighting candles at a mock funeral for democracy in Perak and ‘people power’ at SRJK (C) Yuk Choi, Ipoh, on Feb 07. — Picture by Choo Choy May

laporan perhimpunan di depan sekolah Cina ketika Menteri Besar Mamak Carpet ..oppppsss Pasembur berucap di dalam dewan … klik sini
at 8:12 AM 1 comments Links to this post
Labels: Adun perak
Reactions:
Nizar MB Perak – Tengku Razaleigh
“Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

“Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu. – petik dari harakah
at 8:09 AM 0 comments Links to this post
Labels: Ku Li, MB Perak
Reactions:
Kerajaan Haram akan tersangkut di DUN Perak
[…] Najib terlupa bahawa speaker DUN yang masih lagi kekal adalah dari ADUN DAP. Maka itu sidang DUN pada bulan hadapan akan dimasuki oleh Menteri Besar Haram yang akan ber-speaker-kan ADUN Pembangkang.

Ada dua masalah yang akan dihadapi:

Pertama, Speaker DUN Perak tidak boleh dipecat begitu sahaja. Speaker hanya boleh dilucutkan jawatan melalui usul tidak percaya terhadapnya. Dalam soal ini Speaker DUN ada kuasa mutlak untuk menerima atau menolak usul tersebut. Dalam soal ini apakah Speaker DUN Perak akan terima usul undi tidak percaya yang akan dikenakan terhadapnya dalam krisis dan konflik di Perak ini.Nampaknya jauh panggang dari api. So sampai bila-bilapun Menteri Besar Haram Perak tidak boleh tukar Speaker itu kecualilah DUN Perak dibubarkan. Kena melalui pembubaran juga !! Yang takut sangat nak bubar tu kenapa ?

Masalah yang kedua kata Datuk Husam, Speaker DUN Perak tidak iktiraf Menteri Besar Haram Perak kerana bagi Speaker, Menteri Besar Perak masih lagi Datuk Seri Nizar. Najib terlupa, peraturan tempat duduk dan aturan persidangan adalah kuasa mutlak Speaker. Dan lagi bermasalah kepada kerajaan Haram BN itu apabila nanti Speaker boleh menghalau ADUN Jelapang, ADUN Changkat Jering serta ADUN Behrang yang pada pandangan speaker mereka ini telah terlucut jawatan sebagai wakil rakyat

Wednesday, October 29, 2008

Peralihan Kuasa Semakin Hampir !

Maklumat oleh MSK

Semua Ahli Parlimen dari PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini! Seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.

Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.

“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan.

edyes wrote:

Pada dasarnya, Pakatan Rakyat harus mengambil alih tampuk pemerintahan negara sesegera mungkin bagi menghadapi zaman kemelesetan ekonomi.

Sekiranya Kerajaan BN sudah tidak mampu untuk memerintah, mereka seharusnya menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat atau akan menghadapi risiko ditumbangkan dengan pukulan TKO. Badai perubahan tidak lagi dapat dihalang. Angin Reformasi yang membawa kedamaian dihati setiap rakyat kini bertiup kencang.

Kita semua sedia maklum, kerajaan BN sememangnya tidak lagi relevan. Dengan Najib sebagai pengganti dijangkakan akan lebih menjahanamkan negara dengan membawa kembali unsur-unsur Mahathirisme. Wang rakyat digunakan sewenangnya, kerajaan tidak amanah dalam mengurus-tadbir kewangan negara dengan perbelanjaan yang memberi keuntungan berganda-ganda kepada kroni dan proksi.

Tidak dinafikan, kerajaan BN telah membawa kemajuan kepada negara. Tidak dinafikan juga, kerajaan BN telah menaikkan banyak infrastruktur bertaraf dunia di bumi kita. Tetapi sedar atau tidak, nun di sana ramai lagi rakyat daif yang memerlukan perhatian. Kemajuan hari ini telah menafikan hak mereka yang tidak punya harta dan lebihan wang.

Keadaan sekeliling telah membuktikan bahawa kemajuan itu bukanlah segala-gala. Apa guna kemajuan jika anak bangsa masih lagi merempat di bumi sendiri? Apalah makna kemajuan jika masalah sosial tidak terkawal dan sukar dibendung? Kemajuan itu adalah harus, tetapi biarlah selaras taraf kehidupan rakyat.

Kita ambil pembinaan ratusan juta ringgit Masjid Kristal di Terengganu sebagai contoh. Memang cantik dan hebat sekali masjid tersebut. Tersergam indah di tengah pulau dan terpulau. Apakah tuntutan pembinaan ratusan juta untuk sebuah masjid sedangkan di sekeliling kawasan tersebut penduduknya daif yang kais pagi makan pagi?

Fikirkanlah di mana letaknya kewarasan apabila idea membina masjid hebat di tengah pulau sedang penduduk sekitarnya termasuk dalam golongan miskin tegar. Apakah yang mereka dapat di sebalik terbinanya masjid kristal berbanding kroni-kroni yang mengurus-binanya.

Sesetengah daripada kita selalu memberi gambaran bahawa kestabilan ekonomi akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara. Namun, buat masa ini ekonomi telahpun dihancurkan oleh kerajaan yang memerintah. Peralihan kuasa ini dijangkakan tidak membawa apa-apa kerosakkan kepada ekonomi kerana keadaan ekonomi yang sememangnya teruk hari ini.

50 tahun yakni 5 dekad peluang untuk memartabatkan tanah air telah diberikan kepada Barisan Nasional. Kini tiba masanya untuk kita semua menyambut kehadiran sebuah kerajaan baru untuk julung-julung kalinya. Harapan dihamburkan pada Pakatan Rakyat untuk memulihkan sekurang-kurangnya ekonomi dalam negara.

Ekonomi dalam negara yang saya maksudkan adalah merujuk kepada ekonomi rakyat. Adalah lebih baik sekiranya rakyat diberi keutamaan dalam pelbagai aspek. Segala pendapatan dan keuntungan negara akan diagih kepada semua peringkat masyarakat dan memastikan kadar kemiskinan tegar dibanteras sepenuhnya.

Ini bukan retorik. Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa kestabilan kepada negara dan rakyat dengan mengurangkan harga minyak dan seterusnya mengawal harga barang keperluan dengan sepenuh perhatian. Tol-tol yang membebankan dan menyusahkan akan dikaji untuk pengurangan atau dilupuskan terus dari bumi Malaysia. Konsep pelajaran percuma seharusnya meringankan beban para ibu-bapa, penetapan gaji minima yang melegakan peringkat bawahan, sistem kapitalis yang berasaskan keuntungan semata-mata akan dirombak.

Lonjakkan ekonomi pasti berlaku apabila pelabur-pelabur yang selama ini menanti penubuhan Malaysia Baru, mula menabur peluang pekerjaan dengan lebih progressif. Apabila rasuah yang berlaku dalam kerajaan dikekang, kebocoran wang rakyat dapat dibendung, maka kerajaan menjadi lebih mantap untuk membaikpulih ekonomi negara serta kehidupan sosial.

Peralihan kuasa ini juga akan memberi ruang yang lebih kepada usaha memartabatkan agama Islam tanpa mengganggu kepentingan agama lain. Perlaksanaan akan menjadi agenda penting dalam mengukuhkan arus kebangkitan Islam di dalam negara malah ke seluruh dunia. Sekolah-sekolah agama pelbagai peringkat akan didokong oleh kerajaan supaya beban untuk menghantar anak ke sekolah agama dapat dikurangkan.

Kita menuntut reformasi kerajaan dan kita dituntut untuk melakukan reformasi kehidupan. Sistem kuno berasaskan penjajah ini harus dibuang jauh-jauh. Kita layak mempunyai Malaysia yang lebih jauh lebih baik jika negara ini diperintah dengan kadar ketelusan yang tinggi. Hidup Pakatan Rakyat, kerajaan Barisan Nasional menjadi lipatan sejarah.

Apapun, kepastian berita peralihan kuasa ini tidak dapat disahihkan. Mungkin saya memasang angan untuk melihat bangsaku maju disamping kebajikan yang terpelihara.

RE-FOR-MA-SI !

Takbir!!


_uacct = “UA-468482-1”;
urchinTracker();

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s